Tuesday, January 28, 2014

Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT)

Sejarah penubuhan BAKAT

1. Wujudnya dari zaman pemerintahan kolonial lagi, di mana ahli-ahlinya terdiri dari isteri-isteri anggota-anggota tentera. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal keluarga anggota-anggota tentera.

2. Sejajar dengan perkembangan ATM ketika itu, Kelab Keluarga yang ada dipecahkan kepada tiga komponen iaitu Darat, Laut dan Udara. Kelab Keluarga tersebut adalah dibawah naungan perkhidmatan masing-masing.

3. Pada 1 hb Jun 1976, Kelab Keluarga yang terdapat di setiap unit Tentera Darat di Semenanjung Malysia, telah disusun semula dalam satu organisasi yang lebih teratur dan berperlembagaan dengan nama Persatuan Isteri-isteri Tentera Darat (PERISAD). Sementara di Malaysia Timur dikenali dengan Rumpun Suria, juga disatukan menjadi PERISAD. Bagi Persatuan Isteri-isteri Tentera Laut dinamakan PERISTELA dan Persatuan Isteri-isteri Tentera Udara dinamakan PERISTU.

4. Ketiga-tiga persatuan tersebut memainkan peranan mengikut perkhidmatan masing-masing. Dalam mewujudkan sebuah persatuan yang berwibawa, berintegrasi dalam peranan serta aktivitinya, pada 1hb Oktober 1979, ketiga-tiga persatuan digabungkan menjadi sebuah organisasi yang besar dikenali Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera ringkasnya BAKAT, dengan slogan Bersama Berbakti (Together We Serve).

5. Bagi mengenali kumpulan tertentu, nama BAKAT ditambah dengan perkhidmatan masing-masing iaitu BAKAT Darat, Laut, Udara dan BAKAT KEMENTAH. Dari segi matlamat, ianya tetap tidak lari dari tujuan asalnya iaitu “Untuk membantu pemerintah terhadap pentadbiran dan urusan-urusan kebajikan keluarga-keluarga tentera”.

Tujuan dan Objektif

Persatuan ini ditubuhkan bagi tujuan berikut:

(1) Untuk mengekalkan dan memperkasakan perasaan muhibah dan persefahaman yang sedia wujud di kalangan isteri-isteri warga tentera dan ahli keluarga mereka;

(2) Menambahkan pengetahuan am dan meningkatkan kemahiran diri ahli-ahli dalam bidang pengurusan Sains Rumahtangga dan aspek keagamaan melalui bantuan kepakaran dari dalam dan dari luar organisasi;

(3) Memperkukuhkan ikatan kekeluargaan dan menyuburkan lagi kebahagiaan keluarga ahli-ahli melalui pelbagai program yang bersesuaian yang disusun oleh BAKAT;

(4) Menwujudkan jaringan dan kerjasama dengan persatuan-persatuan wanita yang berdaftar di luar organisasi yang seiring dengan objektif BAKAT;

(5) Menyediakan satu saluran penyelesaian masalah rumahtangga ahli-ahli dengan kebenaran pihak terlibat;

(6) Menyediakan Kaunselor yang berkelayakan untuk ahli-ahli yang memerlukan bantuan;

(7) Menjaga kebajikan ahli-ahli serta keluarga tanpa mengira pangkat dan kaum;

(8) Untuk bersama-sama menyumbang tenaga dan kemahiran kepada masyarakat awam terutamanya yang berhubung dengan pembangunan modal insan dan amal kebajikan.

(9) Untuk memastikan semua wang keuntungan yang diperolehi oleh BAKAT hasil dari penyertaan dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan BAKAT. Wang atau mana-mana keuntungan yang diperolehi tidak akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli BAKAT. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang perlu dibuat dengan tujuan baik seperti membayargaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja BAKAT dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada BAKAT dan pembayaran tersebut mendapat kelulusan Jawatankuasa Tertinggi BAKAT Pusat.

Peranan BAKAT

Memberi khidmat kebajikan kepada keluarga ATM.

*
Merapat dan menyatupadukan ahli-ahli melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

*
Menambahkan dan meninggikan lagi pengetahuan ahli-ahli  dalam hal ehwal pengurusan rumah tangga, pengetahuan am dan aspek-aspek sosial dan kemasyarakatan termasuklah seni kebudayaan.

*
Memupuk dan meninggikan lagi semangat kesukanan di kalangan ahli dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sukan.

*
Menyertai aktiviti-aktiviti amal dan sosial luar daripada bakat secara kumpulan sekadar yang boleh atas nama BAKAT.

Saturday, January 25, 2014

Positif!!bunting pelamin...

Alhamdulillah...segala pujian bagi Allah SWT...setelah lewat datang bulan selama seminggu,gatal tangan nak cek UPT akhirnya keputusan POSITIF...mule2 memang plan nak ada anak sekurangnye 2 tahun lepas kahwin...tapi dah rezeki kan..excited lah jugak sebab Bunting Pelamin...suami lah orang yang paling happy...bile jalan2 dok tengok mainan2...helicopter remote control lah apelah...katenye dia nak ada hobi baru..tetibe lak kan...time kasih pada en.suami sebab rajin layan kerenah mengidam ku...memang asyik nak makan nasi kerabu dan memang tiap2 ari minum chocolate chip blended dari Starbucks...nasib baik suami tak belayar..ada gaklah tempat nak mengade2...

Thursday, January 23, 2014

Penjadualan bayaran gaji bagi penjawat awam

Hehe...disini aku postkan tarikh gaji penjawat awam bagi tahun 2014...memang ramai yang nak tahu kan?lagi2 surirumah macam aku nie...mengalahkan suami aku..aku yang kepo lebih...lalala...memadangkan aku dah post kan jadual gaji,jadi pandai2 koranglah nak uruskan pembelanjaan korang ye agar tidak kering pada tengah bulan...dah kawen nie,baru aku tau betapa susahnya nak buat pembelanjaan bulanan agar tidak tersasar...buat aku teringat kat mama..dulu masa zaman muda2,selalu dengar mama cakap duit tinggal RM20 jew sampai hujung bulan..tapi tengok beli barang dapor banyak..tiap2 mnggu dengar benda yg sama,tetapi ajaibnya ada gak duit..hehe...mama..mama..sekarang baru aku tahu susahnya...setiap sen duit kuar masuk,resit2 sume aku simpan sehingga en.suami memberiku gelaran jawatan baru iaitu "menteri kewangan"...sekian

LIRIKAN CAHAYA PHOTOGRAPHY & VIDEOGRAPHY



okay...diatas nie adalah videography persandingan aku pada 22.12.2013 bertempat di The Club @ Bukit Utama...video ini adalah ihsan daripada LIRIKAN CAHAYA...business biras aku..(biras kot,kalau kakak ipar aku nye suami..kan?) buat otai2 dalam business fotografi ngn videografi nie mesti kenal nye owner nye..biras aku nie namenye abang hakmal..memang sempoi orangnye..suke senyum..tapi janganlah ko kaco dia time dia nak edit gambo atau video..memang kena ngggaaaapppp...hehehehe..memang aku suke cara dia edit gambo ngn video nie..hasilan dia sangat superb...banyak gak projek yang dia dah buat..antaranya cerita PAKU yang dah masuk pawagam dan RENTAP WARRIOR...LIRIKAN CAHAYA nie bukan untuk majlis perkahwinan sahaja,boleh juga untuk private party, birthday part,convocation,modelling portfolio dan banyak lagi...cakap jew korang nak untuk apew,insyaallah dia boleh buat...

sapew2 yang nak tengok portfolio hasilan abang hakmal nie,bolehlah tengok kat laman web dia atau hubunginya di:
/http://lirikancahaya.com/
http://facebook.com/lirikancahaya
lirikancahaya@gmail.com
Mobile : 014 2208040

Wednesday, January 22, 2014

Kad nikah

Memandangkan kami bernikah di mukim wilayah persekutuan,maka semua proses nikah perlulah dilakukan di JAWI..proses untuk buat kad nikah dan ambil sijil nikah nie sangat mudah..boleh dibuat 7 hari bekerja selepas tarikh nikah.bawa segala borang2 yang tok kadi dah serahkan pada kita.ohh..buat yang tak tau JAWI kat mane,labnmark nye masjid negara atau stesen tv Al-Hijrah.memang sebelah tue jew.memandangkan kami sampai sebelum jam 8,parking memang senang.yang susahnye apabila masuk ke kawasan JAWI..tiada signboard tunjuk arah,memyebabkan kami terkapai2 mencari tempat proses nikah nie.naik turun tangga akhirnya jumpa jugak..wwaahhh..kosong.yes..kami orang pertama..kaunter pun belum bukak lagi.sambil tue borak dengan makcik cleaner..dia cakap selalu isnin dan khamis sangat ramai orang,sampai pening kepala dia..(pphheeww...nasib baik kami datang ari selasa)..proses ambil surat nikah dan buat kad nikah sangat cepat..mula2 dia panggil untuk ambil dokumen dari kita..pastue dia suruh duduk..dalam 5,10 minit kemudian dia akan panggil untul amek gambar kita dan suami kite...dan tarraaahhhh.. dapatlah kad kahwin...
senang untuk dibawa kemana-mana..JAWI punye warna purple...tengok member punye,JAIS warna kuning oren.

Wedding makeup


originaal pic uollz...tanpa diedit atau menggunakan camera 360 ye..cantik kan hasilnya?
Ok...kali nie I nak promote my makeup artist masa wedding reception I aritue..I menggunakan perkhidmatan Nuriez Nrstudio..bagi bakal pengantin yang berminat dengan perkhidmatannya boleh lah cari dia dekat facebook..nama owner dia kak nurul..peramah benor orangnye..dari awal makeup sampai habis.dok pot pet pot pet..macam dah 10 tahun kenai..hehe..rupenye same tempat membeaar nan suami..orang klang lame..ohh..pasal harga lak..harga dia standard macam makeup artist sekarang..untuk nikah RM350 dan untuk sanding RM450.I mule2 nye amek nikah dan sanding dengan dia tetapi disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan,tarikh nikah terpaksa diubah,dan kak nurul nie tak dapat makeup kan I..dan I terpaksa cari another MUA last minit..internet dihujung jari kan sekarang,jadi semuannya cari dalam internet...I ada attach sekali kat uollz gambar close up...yang nie no filter ye..original,bukan guna camera 360...hehe...tak main lah gune tue..kalau tengok dalam gambar memang nampak kulit flawless,bersih,licin dan natural...tak macam tepung gomak..ada yang merasakan perlu makeup over untuk majlis kahwin..tapi sebenarnye salah..cukup sekadar natural makeup,atau sekurangnye kalau nak excessive makeup,fokus kepada 1 area sahaja agar anda tidak kelihatan seperti opera wayang cina...hehe...terkejot bakal suami nanti...kat sini,I pilih untuk fokus pada mata..jadi I pilih nude colour lipstick,bronze-gold colour eyeshadow dan double eyelash...ala-ala rozita che wan gitu..tapi kak nurul cakap,biasa dia makeupkan che ta,guna 3 lapis bulu mata..oh takpelah ye..nie pun dah rase macam burung unta..apatah pula 3 lapis..hehe..oh ye..kak nurul nie business laki bini..ada makeup,photographer,wedding decor...kirenye wedding planner lah...lawa jugaklah pelamin yang dia wat..tapi I tak amek dari dia,sebab I amek yang pakej punye..tapi seriusly,memang puas dia makeup kan I.jadi pada yang berminat,carilah fb kak nurul nie ye... :)


Henna design untuk majlis

Ok..kali nie aku nak promote henna designer yang aku pilih untuk buat henna aku time nikah...nama tukang buat henna nya nama dia nur shakinah a.k.a cik kyenna...korang boleh cari dia kat facebook..nama fb dia Henna Cahaya Dzul....korang boleh pilih design yang dah siap ada ataupun pilih design sendiri.tapi korang kena tunjukkan sample lah..aku amek pakej tangan,tapak tangan dan kaki..harga cuma RM120 jew!!memang murah.. aku cakap murah sebab aku ada survey kat internet..memang mahal beb..nie kire murah lah nie..orang dia pun peramah..dan dia buat kerja pun sangay cekap dan pantas,jadi aku sangatlah reccomend kat kat korang yang nak wat inai untuk majlis tunang,kahwin atau sajew2...
credit to Henna Cahaya Dzul
posing jangan tak posing..nie posing cliche orang nak tunjuk inai ditangan