Tuesday, January 28, 2014

Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT)

Sejarah penubuhan BAKAT

1. Wujudnya dari zaman pemerintahan kolonial lagi, di mana ahli-ahlinya terdiri dari isteri-isteri anggota-anggota tentera. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal keluarga anggota-anggota tentera.

2. Sejajar dengan perkembangan ATM ketika itu, Kelab Keluarga yang ada dipecahkan kepada tiga komponen iaitu Darat, Laut dan Udara. Kelab Keluarga tersebut adalah dibawah naungan perkhidmatan masing-masing.

3. Pada 1 hb Jun 1976, Kelab Keluarga yang terdapat di setiap unit Tentera Darat di Semenanjung Malysia, telah disusun semula dalam satu organisasi yang lebih teratur dan berperlembagaan dengan nama Persatuan Isteri-isteri Tentera Darat (PERISAD). Sementara di Malaysia Timur dikenali dengan Rumpun Suria, juga disatukan menjadi PERISAD. Bagi Persatuan Isteri-isteri Tentera Laut dinamakan PERISTELA dan Persatuan Isteri-isteri Tentera Udara dinamakan PERISTU.

4. Ketiga-tiga persatuan tersebut memainkan peranan mengikut perkhidmatan masing-masing. Dalam mewujudkan sebuah persatuan yang berwibawa, berintegrasi dalam peranan serta aktivitinya, pada 1hb Oktober 1979, ketiga-tiga persatuan digabungkan menjadi sebuah organisasi yang besar dikenali Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera ringkasnya BAKAT, dengan slogan Bersama Berbakti (Together We Serve).

5. Bagi mengenali kumpulan tertentu, nama BAKAT ditambah dengan perkhidmatan masing-masing iaitu BAKAT Darat, Laut, Udara dan BAKAT KEMENTAH. Dari segi matlamat, ianya tetap tidak lari dari tujuan asalnya iaitu “Untuk membantu pemerintah terhadap pentadbiran dan urusan-urusan kebajikan keluarga-keluarga tentera”.

Tujuan dan Objektif

Persatuan ini ditubuhkan bagi tujuan berikut:

(1) Untuk mengekalkan dan memperkasakan perasaan muhibah dan persefahaman yang sedia wujud di kalangan isteri-isteri warga tentera dan ahli keluarga mereka;

(2) Menambahkan pengetahuan am dan meningkatkan kemahiran diri ahli-ahli dalam bidang pengurusan Sains Rumahtangga dan aspek keagamaan melalui bantuan kepakaran dari dalam dan dari luar organisasi;

(3) Memperkukuhkan ikatan kekeluargaan dan menyuburkan lagi kebahagiaan keluarga ahli-ahli melalui pelbagai program yang bersesuaian yang disusun oleh BAKAT;

(4) Menwujudkan jaringan dan kerjasama dengan persatuan-persatuan wanita yang berdaftar di luar organisasi yang seiring dengan objektif BAKAT;

(5) Menyediakan satu saluran penyelesaian masalah rumahtangga ahli-ahli dengan kebenaran pihak terlibat;

(6) Menyediakan Kaunselor yang berkelayakan untuk ahli-ahli yang memerlukan bantuan;

(7) Menjaga kebajikan ahli-ahli serta keluarga tanpa mengira pangkat dan kaum;

(8) Untuk bersama-sama menyumbang tenaga dan kemahiran kepada masyarakat awam terutamanya yang berhubung dengan pembangunan modal insan dan amal kebajikan.

(9) Untuk memastikan semua wang keuntungan yang diperolehi oleh BAKAT hasil dari penyertaan dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan BAKAT. Wang atau mana-mana keuntungan yang diperolehi tidak akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli BAKAT. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang perlu dibuat dengan tujuan baik seperti membayargaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja BAKAT dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada BAKAT dan pembayaran tersebut mendapat kelulusan Jawatankuasa Tertinggi BAKAT Pusat.

Peranan BAKAT

Memberi khidmat kebajikan kepada keluarga ATM.

*
Merapat dan menyatupadukan ahli-ahli melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

*
Menambahkan dan meninggikan lagi pengetahuan ahli-ahli  dalam hal ehwal pengurusan rumah tangga, pengetahuan am dan aspek-aspek sosial dan kemasyarakatan termasuklah seni kebudayaan.

*
Memupuk dan meninggikan lagi semangat kesukanan di kalangan ahli dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sukan.

*
Menyertai aktiviti-aktiviti amal dan sosial luar daripada bakat secara kumpulan sekadar yang boleh atas nama BAKAT.

No comments:

Post a Comment