Wednesday, January 22, 2014

do u have what it takes to become a soldier's wife??

sapew cakap senang jadi isteri kepada seorang askar??susah babe..sesetengah orang diluar sana ingat jadi isteri kepada seorang askar nie senang.tapi sebenarnya banyak dugaan.masa bercinta memanglah semua sweet2 gitu...dan kahwin barulah korang tahu..aku tahu ramai gadis diluar sana suka kejar abang2 askar nie untuk dijadikan suami atau boyfriend kononnya bangga bf dorang pakai uniform,dan yang high taste cikit,cari yang pegawai sebab teringin nak kahwin bawah pedang.isteri kepada seorang askar perlulah ada mentality yang sangat kuat...pengorbanan,kesabaran,kekuatan,cekal,tabah..bla..bla dan macam2 lagi...apabila seorang askar melafazkan nikahnya terhadap isterinya,automatik kita menjadi miliknya dan kerjayanya...maksudnya,kita kena faham diri dia dan kerjayanya...kerja dia No.1,pastue baru isteri...dorang milik kerajaan dan kerjaya dorang bukan ikot office hour atau shift tapi 24/7...


Ciri -ciri wanita:

  • egois
  • pemarah
  • kurang sabar
  • cepat merajuk
  • sukar memahami
  • cepat tersentap

agak-agak sapew yang ade ciri-ciri kat atas nie,pikirlah masak-masak kalau nak kahwin dengan seorang askar sebab kahwin nie bukan sehari dua tetapi Insyaallah sampai bila2....keyword utama dalam menjamin kebahagiaan adalah "MEMAHAMI" atau "UNDERSTANDING"....oohh... dan "GIVE AND TAKE"...tue yang sangat penting..jadi janganlah kalau suami lambat balas message,whatsapp atau call tak angkat,korang nak marah,serang dorang..aku tahu ramai wanita kat luar,tiap kali whatsapp si "dia",mesti selalu perhatikan "last seen" laki korang kalau dorang tak balas kan?pastue benda tue dibuat topik untuk cari gaduh..hehehe...nak nafikan?xpayahlah..aku dulu pun macam tue,tapi dah lame2,dah kahwin nampak sendiri depan mata betapa sibuknya dia..jadi aku belajar untuk memahami kerjaya si suami walaupun pada mulanya agak sukar..sebab banyak lagi benda dorang nak pikir..jangan serabutkan kepala dorang.

aku bersyukur kerana diberi peluang untuk tinggal sebumbung dengan suami,berbanding dengan sesetengah rakan2 seangkatan yang dah bertahun2 kahwin,namun tak dapat merasakan lagi duduk sekali dengan suami...kirenya perkahwinan jarak jauh..suamiku menggelarkan mereka "MARRIED BACHELOR"..perit oo duduk berjauhan.cukuplah rase time tunang dulu.tak mao dah ooo..taubat.jadi aku memang respect dan tabik spring buat para isteri askar diluar sana yang duduk berjauhan dengan si suami....mula2 aku terpikir gak untuk terus duduk kat semenanjung,kerja dekat sini.namun setelah dinasihati oleh keluarga,aku membuat keputusan untuk duduk bersama suami...Tok ma aku cakap "ang pi mana2 pun,keja boleh cari..tapi suami ada 1 tue ja..kena jaga"...jadi sekarang nie aku jadi warga sabah,mengikuti suami bekerja di sabah...dan sekarang nie aku jadi penganggur terhormat,sebab takde kerja lagi.dah hantar banyak resume tapi takde feedback pun...suami cakap tak kerja pun tak apa..duduk rumah jaga dia..hehe...tapi ramai jew bini2 askar kat sini yang jadi surirumah sepenuh masa,jadi takdelah rase segan sangat kalau dorang tanya...tapi bosan beb..sebab suami belayar paling kurang pun 10 hari..kalau tak kerja,jenuh menghitung hari bile suami nak balik..lagipun kos kehidupan kat sabah nie mahal oooo...jadi tengoklah..ade rezeki tue adelah...semuanya telah tertulis...kita hanya merancang...

No comments:

Post a Comment